Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Hebat! Nama Siti Nurhaliza Bakal Terpahat Antara Walk Of Fame Di Adelaide

Bangga dengan Tok Ti!

Published

on

Penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza melakar kehebatan demi kehebatan pada tahun ini.

Terbaharu pada 22 Disember 2020, beliau telah berkongsi berita gembira bahawa namanya bakal tersenarai antara Walk of Fame di Adelaide.

Perkara itu diumumkannya melalui Instagram miliknya.

Melalui caption, beliau menulis:-

“Alhamdulillah, terima kasih semua yang menyokong saya tanpa jemu, peminat-peminat saya yang selalu ada dalam susah dan senang. Ini untuk anda yang bersama-sama saya selama ini.

Nanti kalau ke Adelaide lagi, bolehlah saya ambil gambar dengan Walk Of Fame sendiri, tak sangka sebenarnya.”

Berita ini sememangnya mengangkat nama beliau sebagai selebriti yang bukan hanya tersohor di Malaysia malah di luar negara.

Kami di Hot FM tumpang bangga dengan pencapaian ini, tahniah Tok Ti!

 

Baca artikel berkaitan: Tok Ti Dan Neelofa Tergolong Dalam 100 Selebriti Paling Berpengaruh Di Media Sosial Untuk Asia Pasifik

Sumber: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest