Connect with us
Hot FM

Selebriti

Ibu Tidak Mengaku Anak, Naim Daniel Jelaskan Tentang Foto Yang Tular

Nora Taherah tidak mengaku pernah melahirkan 'Naim Daniel' seperti dalam foto

Published

on

Memiliki wajah yang iras dengan orang lain kadangkala boleh menimbulkan kekeliruan.

Sedang hangat tentang isu Palestin yang diserang oleh tentera Israel, berlegar pula satu foto penyanyi, komposer dan pelakon Naim Daniel di laman sosial dalam pakaian tentera yang dikaitkan dengan Zionis.

Betul ke Naim?

Baca artikel berkaitan: Terkesan Dengan Apa Yang Jadi Di Palestin, Ini Tindakan Naim Daniel Dan Rakan-Rakan

Foto yang ditunjukkan Naim melalui Instagram beliau itu kelihatan mirip dengan dirinya.

Tambahan lagi keadaan bahagian bawah badan yang ‘mengaibkan’ juga mendapat perhatian ramai.

Bagaimanapun, Naim menafikan beliau individu dalam gambar berkenaan.

“Selamat Hari Raya, bagi yang ada kemusykilan di Twitter semalam, INI BUKAN SAYA. Saya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti ekstremis rejim zionis.

Stay safe everyone.”

Sementara itu, ramai kenalan selebriti beliau memberi reaksi terhadap foto tersebut.

Malah, ibu Naim yang bernama Nora Taherah juga tidak mengaku pernah melahirkan ‘anak’ dalam foto tersebut.

Walaupun perkara ini kelihatan agak lucu namun tindakan Naim memberi penjelasan adalah tindakan tepat bagi mengelakkan kekeliruan.

 

Sumber: Instagram Naim Daniel

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest