Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Ikut Turun Padang Beri Bantuan Banjir, Shuib Terima Pujian Ramai!

Terbaiklah!

Published

on

Keadaan banjir yang sedang melanda negara amat membimbangkan susulan ramai yang hilang tempat tinggal dan punca pendapatan.

Bayangkanlah tempat tinggal kita yang sudah didiami bertahun lamanya ranap sekelip mata.

Banjir di enam negeri, lebih 16,500 mangsa dipindahkan

Banyak kos yang perlu dikeluarkan untuk membaik pulih rumah dan barang-barang keperluan lain.

Tetapi di sebalik kesulitan yang dialami, ada juga insan-insan yang baik hati membantu mereka yang terkesan dengan banjir kilat ini.

Antaranya pelawak, pelakon dan penyampai radio Hot FM iaitu Shuib yang memuat naik satu video di laman Instagram miliknya, memberi bantuan kepada penduduk di Kuala Lipis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Pelawak itu dilihat memuat naik hantaran video berkenaan dengan kapsyen ringkas :

“Alhamdulillah misi bantuan banjir dr @bubblebeemalaysia_hq selesai harini. Terima kasih @daniar_ismail juga rakan2 di Lipis kerana byk membantu menyampaikan bantuan. Semoga mereka yg terkesan dgn banjir dipermudahkan segala urusan,dimurahkan rezeki juga di pelihara Allah swt”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut di laman Instagram Shuib turut memuji usaha beliau dan mendoakan dirinya sekeluarga dimurahkan rezeki.

Bak kata orang dulu-dulu, dalam rezeki kita, ada juga rezeki orang lain. Tak salah pun kalau berkongsi!

 

Sumber: Instagram Shuib 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest