Connect with us
Geng Pagi Hot

Selebriti

Ilmu Turun Temurun, Kini Giliran Anak Black Pula ‘Kena Ajar’ Dengan Mas Idayu

Risau ya kalau Mummy keluarkan rotan tu, nasib baik Dayyan tak kena!

Published

on

Bila teringat semula kisah penyanyi Black Hanifah kena ‘bantai’ dengan Mas Idayu waktu dalam program nyanyian Mentor musim ketiga pada tahun 2009 yang lalu, terus rasa nak throwback.

Lagi-lagi dengan suara nyaring Mas Idayu atau lebih mesra disapa dengan panggilan Mummy itu turut membuatkan ramai protege gerun untuk menjadikan beliau sebagai mentor mereka.

Kini, pada tahun 2021, giliran anak sulung mereka iaitu Khaleef Dayyan Hanifah pula yang menjadi ‘mangsa’ kepada Mummy.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Black Hanifah (@black.hanifah)

Dayyan kelihatan seperti sedang berada dalam kelas vokal bersama dengan Mummy sambil diperhatikan oleh isteri Black iaitu Naquia Yasirah.

“Omai nak Dayyan nyanyi lagu Sabar, Omai kena sabar dengan Dayyan nyanyi.”

Ruangan komen posting video tersebut turut dihujani dengan komen yang melucukan.

Nampak la muka Dayyan struggle nak capai pitch yang Mummy mahukan tu, nasib baik tak ada rotan dekat sebelah macam yang Black kena dulu kan?

Risau la ya kalau Dayyan pun kena rotan macam Black dulu, tapi kalau kena confirm terus jadi penyanyi hebat kan?

Sumber foto dan video: Instagram Black Hanifah

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest