Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

Impian Ayda Jebat Hadiahkan Rumah Kepada Mamanya Sebelum Berkahwin Tercapai

Tertunai impian

Published

on

Pada 20 November 2020, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat telah memuat naik satu perkongsian di Instagram.

Menurut hantaran itu, Ayda memaklumkan dirinya mempunyai impian sebelum mendirikan rumah tangga iaitu untuk menghadiahkan sebuah rumah buat mamanya.

Hasrat itu turut disuarakan kepada tunangnya, Nabil Mahir.

“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuag rumah. Saya bagitau Nabil, ada benda saya kena capai sebelum saya kahwin. Inilah antaranya. Buat mama saya bahagia sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ni ya Allah.”

Ayda bersyukur, akhirnya impian itu telah tertunai.

Dalam pada itu, Ayda turut mendoakan semoga orang lain juga dapat membahagiakan ibu bapa mereka tidak semestinya melalui harta benda.

“Saya doakan semua dapat bahagiakan orang tua anda bukan saja dari harta benda, malahan banyak benda lain anda boleh berbakti untuk mereka. Semoga tercapai. Insyaallah.. 🤍🙏”

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian rakan-rakan selebriti.

Untung mama kepada Ayda Jebat kerana mempunyai anak yang mempunyai hasrat besar sebegitu, dan berjaya untuk tunaikannya.

Semoga rezeki Ayda selepas ini juga akan bertambah.

 

Sumber: Instagram Ayda Jebat

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest