Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

“Ingatkan Azan!” Keletah Anak Autism Fynn Jamal Dapat Perhatian, Semua Lukisan Penuh Makna

Kreatif sangat tu Juna

Published

on

Pasti ada yang sudah mengetahui bahawa anak angkat kepada penyanyi lagu Arjuna Beta iaitu Fynn Jamal mempunyai sejenis penyakit istimewa autism.

Disebabkan itu, pesakit autism mempunyai ‘dunia’ mereka yang tersendiri dan turut akan menjadi hyper sekiranya ada perkara yang membuatkan mereka rasa tidak tenang.

Jika anda mengikuti perkembangan anak Fynn iaitu Bakti Arjuna Fitri Abdullah, pasti akan mengetahui tentang sikap kreatif di dalam diri si kecil itu.

Suami kepada Fynn iaitu Tri Hadzir telah memuat naik satu video pendek menunjukkan Arjuna sedang menjadi kreatif dengan cara melukis di dinding biliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hazrilfitri Hadzir (@trihadzir)

Kelihatan di dinding bilik tersebut diukir banyak lukisan oleh Arjuna termasuk lukisan robot, makhluk asing, huruf ABC, nombor dan banyak lagi.

Gelagatnya itu telah mencuri perhatian peminat setianya yang sudah mengikuti perkembangan si kecil itu daripada kecil sehingga dewasa.

Mereka meninggalkan komen memuji lukisan yang dilukiskan oleh Arjuna dan berharap agar akan ada banyak lagi perkongsian tentang lukisan itu.

Namun apa yang mencuri perhatian ialah suara Arjuna ketika permulaan video ini.

Ingatkan Arjuna melaungkan Azan, rupa-rupanya dia menyanyi ya!

Selain Arjuna, Fynn dan Tri turut mempunyai seorang lagi anak angkat perempuan iaitu Sakti Kencana Dewi.

Semoga Fynn dan Tri tabah menjaga Arjuna dan menjadi contoh kepada ibu bapa yang mempunyai anak istimewa seperti ini.

Sumber foto: Instagram Fynn Jamal dan Tri Hadzir

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest