Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

” Ingatkan Channel National Geographic” Panik, Zizan Razak Gagal Selamatkan Ular Sawa ‘Khatulistiwa’

Berani betul ya!

Published

on

“Ular sawa ni sangat besar, dia nak melintas jalan susah nak selamatkan ni. Ini jenis ular Khatulistiwa.”

Sekali tengok video yang dimuat naik oleh pengacara Zizan Razak ini, tak tahu nak tumpang kesian atau gelak sekali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869)

Mana tidaknya, Zizan yang memang terkenal dengan sikap lawaknya itu telah kongsikan satu video pendek menunjukkan keletahnya cuba untuk menyelamatkan seekor ular yang tersesat di atas jalan raya.

“OMG! You so big, why you stop there? Tepi guys tepi, besar tau guys Zizan nak datang dekat pun tak berani tau.”

Bertambah lucu apabila haiwan replitia tersebut digelar sebagai ular ‘khatulistiwa’ ya.

Niat baik Zizan untuk menyelamatkan haiwan tersebut gagal apabila akhirnya ular berkenaan akhirnya dilanggar oleh kereta yang lalu lalang.

Walaupun sudah berusaha untuk memberi signal supaya pemandu lain berhati-hati, cubaan itu gagal kerana keadaan jalan raya yang gelap membuatkan pemandu lain tidak sempat untuk mengelak daripada melanggar ular berkenaan.

Rata-rata komen yang ditinggalkan berasa terhibur melihat gelagat Zizan namun masih memuji niat baik pelakon filem Polis Evo itu.

Diharapkan sifat prihatin Zizan ini dapat dicontohi oleh kita semua.

Sumber video dan foto: Instagram Zizan Razak

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest