Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Selebriti

Ingin Jaga Keluarga, Elly Mazlein Mahu Berundur Daripada Dunia Hiburan

Elly menyatakan bahawa dirinya mahu menjaga keluarga serta menjadi insan lebih baik

Published

on

Aktif dalam pengacaraan, lakonan dan nyanyian, nama Elly Mazlein tidak perlu diperkenalkan lagi.

Gaya bersahaja beliau sentiasa menjadi tarikan buat peminat yang mengikuti perkembangannya.

Pada 1 April 2021, Elly telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

Beliau menulis pada ruangan caption:-

“Tiada istilah anak Emas mana² Station tv .. Usaha, hargai peluang ,buat yg sehabis baik ,tawakal & yg paling Benar, Semuanya dari Dia .. InsyaAllah Allah susun baik² utk kita semua ..

Rezki ada dimana mana .. hanya cepat & lambat .. Apapun kekal usaha & semangat 🙏⚘”

Menjelaskan tentang rezeki, Elly berkongsi tentang sikap yang perlu ada pada seseorang, dan mesti percaya kepada aturan daripada Allah.”

Bagaimanapun, Elly seakan-akan memberi gambaran bahawa dirinya akan berhenti daripada dunia hiburan.

“Kepom pun da x lama da dlm industry .. kepom nak jaga family dan cuba jd insan yg lbih baik InsyaAllah ❤❤❤”

Sementara itu, perkongsian beliau turut mendapat perhatian ramai.

Apapun perancangan Elly, semoga semuanya sentiasa dipermudahkan.

 

Baca artikel berkaitan: “Saya Sebagai Mak Hidup Tertekan…” Elly Mazlein Dedah Perasaan Di Instagram

Sumber: Instagram Elly Mazlein

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest