Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

“Jangan Lambat Kahwin Macam Saya” Hans Isaac Nasihat Zizan Razak Jangan Jadi Seperti Dirinya

Mengimbau kembali lakonan Zizan Razak sebagai pelakon extra, Hans Isaac buat ucapan hari lahir buat sahabat

Published

on

“paling hensem boy di Malaysia😍💙❤️”

Terdahulu, sering dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang selebriti terkenal, Noor Neelofa yang kini sudah selamat mendirikan rumah tangga bersama PU Rizz.

Pada 15 April, pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac atau dengan nama sebenarnya Gerald Hans Isaac seakan-akan telah menerima ‘pujukan’ dari peminat mengulas mengenai kenyataan beliau yang ‘lambat’ berkahwin menerusi ucapan hari lahir yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Menerusi hantaran yang video dimuat naik, Datuk Hans Isaac telah mendedikasikan video ucapan hari lahir buat pelakon serta pelawak, Zizan Razak bersempena menyambut hari kelahirannya yang ke-37 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hans Isaac (@hansisaac)

Selain ucapan manis yang dirakam semperna mengimbau kembali memori mereka bersama, dahulunya Zizan juga pernah melakonkan watak sebagai pelakon tambahan dalam sebuah drama yang turut dilakonkan olehnya.

Dalam pada itu, Hans Isaac juga telah menitipkan doa dan meluahkan rasa bangga di atas kejayaan yang telah dikecapi oleh Zizan sepanjang kerjayanya itu.

“Masih ingat masa kat Trengganu dulu masa bro jadi extra utk drama yg saya lakon. Saya bangga dgn success bro selama ni . You have come so far and happy for all your success . U deserve it bro. Hanya satu soalan aja saya ada pada bro……BILA NAK KAHWIN?????”Jangan lambat macam saya ni bro.

Tidak dinafikan pelakon dan penerbit ini sememangnya memiliki wajah yang kacak, namun beliau dahulunya pernah dikecohkan telah membatalkan perkahwinannya setelah mengambil keputusan untuk berputus tunang dengan Miss Tourism International 2012, Gabriella Robinson pada tahun 2017.

Jelasnya melalui sumber Berita Harian, beliau sudah meletakkan komitmen sepenuhnya selain membukakan hati, tetapi jika pihak di sana tidak memberikan sesuatu yang sama, tiada gunanya juga.

Namun, status terkini mengenai dirinya itu ‘mungkin’ menjadi teka-teki buat peminat kerana masih tiada sebarang pemakluman yang jelas dibuat oleh dirinya.

“Boring duk rumah dgn GF aja ni. Eh eh eh…..GF tu…GOOD FRIEND lahbbro jangan ingat lain lain! Hahahhaa.

Berikutan terdapat kenyataan ‘nakal’ yang dibuat melalui ucapan itu, rata-rata warganet turut meluahkan pendapat mengenai statusnya yang masih belum berkahwin di ruangan komen yang ditinggalkan.

It’s okay Zizan! It’s okay Datuk Hans! Masih ramai wanita di luar sana yang sudi untuk berkahwin dengan artis kegemaran mereka ni.

Siapa taknak kan? Apa-apa pun, selamat hari lahir Zizan! Semoga cepat-cepat kahwin ya.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Datuk Hans Isaac

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest