Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Janna Nick Persoalkan Jika Ada Wanita Yang Sanggup Hidup Susah Dengan Lelaki Yang Dicintai

Fikir semula jawapan untuk persoalan ni

Published

on

Pelakon Janna Nick bukanlah masih baru dalam industri seni tanah air.

Lakonannya pula boleh dikatakan berjaya untuk memberi impak kepada penonton untuk turut menghayati kisah yang diceritakan.

Pada 26 November 2020, pelakon tersebut telah memuat naik satu perkongsian di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Video yang dikongsikan adalah sedutan drama yang pernah dilakonkannya berjudul Cari Aku Di Syurga.

Berdasarkan kapsyen, ada persoalan menarik yang ditulis oleh Janna:

“SAYA TAK BOLEH HIDUP MISKIN MACAM NI ❗️❗️❗️
Persoalan nya ada ke yang sanggup hidup Susah dengan lelaki yang di cintai? Tapi tak ada usaha untuk berubah Demi masa depan keluarga? Pemalas? Hidup berlandaskan cinta sahaja…boleh ke??”

Persoalan tersebut juga pernah didengar sebelum ini.

Namun apa yang cuba disampaikan oleh Janna bukanlah menghina kehidupan mereka yang susah.

Yang penting, dalam hidup ni kena ada usaha untuk tingkatkan keadaan hidup.

Kekayaan bukanlah satu ukuran kepada kebahagiaan.

Bagaimanapun, setidak-tidaknya jadikanlah cinta sebagai sebab untuk terus kuat berusaha demi kehidupan yang lebih selesa.

Dalam pada itu, Janna menyatakan bahawa wataknya dalam drama berkenaan adalah yang paling dia berpuas hati ketika menjayakannya.

 

Sumber: Instagram Janna Nick

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest