Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

“Jatuh Kerana Manusia, Bangkit Untuk Allah!”- Netizen Terkesan Dengan Kata-Kata Nasihat Saiful Apek

Lama tak nampak Apek berlakon kan

Published

on

Nama Saiful Apek memang sinonim dengan lawak selamba yang mampu membuatkan orang teringat dengan skrip setiap filem lakonannya.

Tapi kali ini, Apek tampil dengan sisi lain daripada yang lain iaitu di mana dia menjadi seorang yang pandai berkata-kata dalam memberi nasihat tentang kehidupan.

Pada 20 November lalu, Apek muncul sebagai tetamu jemputan dalam program Podcast Malam Jumaat untuk channel Youtube ONZZ.

Ketika itu, Apek telah kongsikan kisah pengalaman sepanjang bergelar pelawak dalam masa yang sama dia turut menceritakan bagaimana cara untuk bangun dan terus kuat selepas dilanda kejatuhan hidup.

Apa yang membuatkan ramai berasa teruja ialah cara Apek menjawab semua soalan yang diberikan dengan penuh isi dan maksud yang mendalam.

“Meminta maaf itu keberanian, memaafkan itu kekuatan, melupakan itu kebahagiaan. Cinta tu of course untuk yang bernyawa, cinta tu tak sempurna tapi kalau nak sempurna kena nawaitu kerana Allah S.W.T. Ramai orang cinta sepenuhnya kepada manusia tu yang buatkan dia tak ingat pada Allah.”

Sebab mengapa Apek jawab soalan begitu ialah selepas dia ditanya soalan tentang proses kehidupan yang dilalui olehnya sebelum ini.

Dalam masa yang sama, Apek turut sempat memberi nasihat tentang kehidupan berdasarkan apa yang sedang berlaku kini.

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen bahawa ramai yang rindu untuk melihat Apek beraksi di hadapan lensa kamera.

Ramai berasa terkesan dengan kata-kata yang diberikan Apek dan menjadikannya sebagai satu kekuatan untuk mereka meneruskan hidup dan terus bangkit daripada kejatuhan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest