Connect with us
Hot FM

Onz

“Jebat Tak Akan Pernah Dapat Mak Yang Terbaik Macam Nabila”– Sharnaaz Ahmad

Semoga yang baik-baik buat mereka..

Published

on

Pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, Noor Nabila yang juga merupakan kakak kepada selebriti Noor Neelofa, telah sah bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pergolakan rumah tangga mereka pada sebelum itu telah pun bermula sejak tahun 2019 lagi.

Mereka telah berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang pada tahun 2020 berusia dua tahun.

Kini, status hubungan mereka adalah sebagai kawan dan tidak bermusuh.

Noor Nabila juga cuba menjadi ibu yang terbaik dan menghormati Sharnaaz sebagai bapa kepada anak tunggalnya.

Pada 30 Oktober 2020 melalui program Wanita Hari Ini (WHI) di TV3, Noor Nabila telah tampil sebagai tetamu untuk program tersebut dengan tajuk, “Berpisah Jangan Sampai Anak Terpisah.”

Perkongsian Noor Nabila dalam program itu adalah berbentuk positif.

Sharnaaz telah dihubungi oleh pihak WHI untuk turut serta memberi pendapat ketika siaran langsung program tersebut.

Banyak perkongsian antara mereka yang memberi pengajaran, namun apa yang menjadi perhatian adalah antara ucapan Sharnaaz kepada Noor Nabila:-

“Jebat tak akan pernah dapat mak yang terbaik macam Nabila.”

Dalam pada itu, Noor Nabila juga sempat memberi ucapan buat Sharnaaz antaranya:-

“Terima kasih kepada Sharnaaz kerana tak pernah ada satu hari yang dia abaikan Jebat Jayden.”

Noor Nabila juga berharap mereka bertiga dapat mencari kebahagiaan bersama walaupun kini sudah tidak sehaluan.

Kisah mereka menunjukkan bahawa perceraian tidak sepatutnya mewujudkan dendam antara kedua-dua pihak. Tambahan lagi jika mereka mempunyai zuriat, tanggungjawab untuk memberi yang terbaik kepada anak adalah penting untuk di utamakan.

Hot FM mendoakan yang terbaik buat Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, semoga kisah mereka ini dapat diambil pengajaran buat semua yang melalui fasa yang sama dengan mereka.

 

Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest