Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Onz

‘Just Watch Out!’- Ayda Jebat Kena Gangguan Seksual, Ambil Tindakan ‘Trace’ Individu Terbabit

Hati-hati girls….

Published

on

Semakin menjadi-jadi gangguan seksual menerusi video dan gambar yang diterima penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat di laman sosialnya sehingga membuat dirinya tidak tahan dan tampil memberikan amaran kepada individu-individu yang tidak bertanggungjawab itu.

View this post on Instagram

Menerima DM, gambar dan video lucah. Ayda Jebat tidak boleh lagi berdiam diri. Nantikan temubual penuh dalam Melodi, 12.00 Tengah Hari di TV3! #MelodiTV3

A post shared by MELODI TV3 Official (@meloditv3) on

Ayda ketika ditemubual oleh pihak Melodi baru-baru ini berkata, kejadian itu sudah berlaku lama tetapi dia mengambil sikap tidak endah kerana tidak mahu memanjangkan atau memikirkan perkara tersebut, akan tetapi sejak kebelakangan ini perkara itu semakin melampau sehingga membuatkan dirinya berasa ‘down’.

“Bila nampak benda-benda macamni, saya akan screenshot dan sebagainya tapi bila dah sampai satu tahap di mana saya rasa I need to stop this person”

“Saya tak sure nak cakap orang itu tidak berperikemusiaan ataupun tak tahu malu, sebab ada juga yang berkeluarga, saya rasa dah cukup sampai limit yang saya dah tak boleh nak terima. I feel down”

Oleh itu, Ayda mengambil tindakan untuk mendedahkan individu terbabit dan turut mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap isu tersebut.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, turut berkongsi beberapa bukti mesej lucah yang diterima olehnya dari individu yang tidak dikenali di Instagram. Katanya, individu-individu ini sudah di block berkali-kali, tetapi masih gigih untuk membuat akaun baru.

“Mereka bukan orang yang sama, tetapi ada juga individu yang sama yang saya dah block banyak kali masih buat akaun baru”

“Saya rasa macam saya dibuli”

Turut berkongsi lanjut, Ayda berkata dia turut menerima komen-komen sinis mengatakan dia perlu menjaga cara berpakaian dan tingkah laku supaya tidak diperlakukan seperti itu.

“Saya terima DM cakap saya “Awak kenalah jaga tingkah laku, jaga pakaian, jaga sopan santun dan sebagainya” for me this kind of people dia tak kira siapa pun awak, tak kira bagaimana cara pemakaian awak, if diorang nak buat macam tu they still gonna do it, we cannot avoid”

Tegas dengan pendiriannya, Ayda berkata tidak kira bagaimana sekali pun cara kita berpakaian, jika individu itu mahu lakukan sesuatu, dia pasti akan lakukan. Turut memberi amaran dia akan mengambil tindakan sewajarnya kepada individu yang melakukan perbuantan tidak senonoh itu.

“Kepada orang yang DM saya, just watch out, kita boleh trace awak anywhere, everywhere and who you are”

“Saya menyeru semua wanita di luar sana, kalau awak rasa tak boleh terima tolonglah buat laporan because I’m about to do it”

Dalam pada itu, Ayda turut menyeru kaum wanita di luar sana untuk tampil membuat laporan jika mengalami perkara yang sama sepertinya. Berkongsi selepas membuat laporan, Ayda berkata setakat ini dia tidak menerima mesej-mesej seperti itu lagi dan berharap perkara ini akan berpanjangan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest