Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Onz

Kaki Berdarah, Kilafairy Terjatuh Di Majlis Kahwin Neelofa

Kilafairy turut ke klinik untuk mengubati kakinya yang berdarah akibat terjatuh

Published

on

Kemeriahan majlis pernikahan selebriti popular Noor Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz masih lagi terasa sejak mereka diijabkabulkan pada 27 Mac 2021.

Laman sosial pula dibanjiri dengan hantaran-hantaran berkenaan perkahwinan selebriti itu.

Antara tetamu yang hadir ialah pelakon Kilafairy bersama pasangannya.

Namun ada kisah mengenai Kilafairy yang juga teman rapat Neelofa itu.

Kilafairy telah membuat Instagram story berkaitan dirinya yang terjatuh di majlis Neelofa dan menyebabkan kakinya berdarah.

Pelakon itu memberitahu bahawa beliau telah terjatuh sebelum kejadian Neelofa yang dilihat hampir juga terjatuh ketika berjalan menuju ke pelamin.

Kilafairy juga dilihat ke klinik untuk merawat luka di kakinya.

Nasib baik ia tidak teruk.

Apa pun semoga luka di kaki beliau cepat sembuh!

 

Baca artikel berkaitan: Berakhir Sebuah Penantian, Neelofa Dan PU Riz Selamat Bergelar Suami Isteri

Sumber: Instagram Kilafairy

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest