Connect with us
Projek Radio

Muzik Buzz

Kecewa… Jumlah Tontonan MV AEWO Shiha Zikir ‘Ghaib’ Bagai ‘Disihir’

Lagu ni best tapi kenapa boleh jadi macam tu?

Published

on

Sejak video muzik lagu AEWO, nyanyian Shiha Zihirdilancarkan pada 5 Ogos yang lalu, timbul satu persoalan di minda penyanyi itu dan juga pihak pengurusannya.

Mana tidaknya, kurang dalam tempoh 24 jam jumlah tontonan di Youtube cukup memberangsangkan iaitu lebih daripada 100,000 ketika itu.

Namun, selepas seminggu secara tiba-tiba jumlah tontonan bagi video muzik berkenaan seakan-akan ‘ghaib’ apabila jumlahnya jatuh menjunam pada angka 170,000 walaupun sudah berjaya mencecah angka hampir 391,000 pada hari kelima ia ditayangkan.

Jadi mana perginya kesemua tontonan itu dan mengapa ia bagaikan ‘ghaib’?

Lagu AEWO itu merupakan nyanyian Shiha Zikir bersama dengan Noki iaitu salah seorang ahli kumpulan K-Clique.

Sehingga kini, video muzik lagu berkenaan hanya mencecah jumlah tontonan sebanyak 368,459 sahaja walaupun sudah hampir dua bulan ia ditayangkan.

Selaku Ketua Pegawai Eksekutif Todak Fusion, Ikmal Fareeq telah menyuarakan masalah mereka itu kepada pihak Youtube agar ia dapat diselesaikan dan mereka mendapat jawapan atas persoalan tersebut.

Menurut temubualnya bersama dengan sebuah portal hiburan tempatan, penurunan tontonan itu sangat pelik kerana jumlah turun naik bagi video muzik lagu tersebut turut kelihatan berlaku secara kerap.

Maklum la, siapa yang tak kecewa kalau secara tiba-tiba karya mereka jatuh merudum begitu selepas seluruh krew produksi bertungkus lumus menjayakannya?

Sebelum ini lagu tersebut pernah menjadi bualan hangat netizen kerana ada yang menganggap lagu berkenaan seakan-akan mempunyai unsur Iluminati yang bertentangan dengan agama Islam.

Sebagai penyanyi, Shiha sendiri telah menafikan dakwaan tersebut kerana baginya dia hanya ingin menunjukkan kelainan pada lagu tersebut berbanding lagunya yang sebelum ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest