Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Keletah Anak Datin Paduka Eina Azman Buat Playdoh Sambil Kenyit Mata Curi Tumpuan

Comelnya dua-dua ni!

Published

on

Sekali pandang memang geram betul tengok kecomelan anak kembar Datin Paduka Eina Azman ni iaitu Arianna Aubrey  dan Karl Kareef.

Bila tengok sahaja video yang dikongsikan oleh Eina tu rasa macam kena mengorat pula.

Mana tidaknya, si kecil itu siap kenyit mata lagi ya sambil masukkan bahan-bahan untuk membuat playdoh.

Sepanjang video, mereka berdua tidak berhenti tersenyum di hadapan kamera sambil membuat aksi yang begitu comel!

Rata-rata mereka yang meninggalkan komen berasa teruja melihat aksi pasangan kembar ini yang sangat murah dengan senyuman dan terhibur dengan aksi lucu mereka.

Seperti sudah dapat diagak, Arianna paling mendapat perhatian apabila si kecil itu mengenyit mata sehingga membuatkan ramai yang cair!

Untuk rekod, Eina telah mendirikan rumah tangga bersama dengan suaminya iaitu Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada tahun 2014 yang lepas dan dikurniakan sepasang cahaya mata kembar yang kini sudah berusia empat tahun.

Sumber foto: Instagram Eina Azman

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest