Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Selebriti

Kembali ‘Menggila’, Kali Ini Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Menari TikTok Pula

Kata orang kalau dapat pasangan sekepala memang semua benda jadi best kan?

Published

on

Semenjak mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu, pelakon Ayda Jebat dan suaminya, Nabil Mahir sering muncul di media sosial membuat video ‘potong kaki’ mereka berdua.

Kali ini, Ayda dan Nabil kembali dengan video ‘masuk air’ mereka berdua yang mana sering membuatkan pengikut mereka terhibur.

Ayda dan Nabil kelihatan menari di aplikasi TikTok menggunakan lagu Ting Ting nyanyian asal Ayu Ting Ting dari Indonesia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Lebih melucukan apabila kini Ayda seperti sudah ‘kalah’ kerana Nabil kelihatan lebih terserlah bergelek.

Aksi pasangan suami isteri ini turut membuatkan pengikut mereka pecah perut dan menganggap keserasian kedua-duanya membuatkan mereka nampak selesa bersama.

Memang tak dinafikan, Nabil dan Ayda ni memang sejenis yang gila-gila orangnya.

Setiap hari ada sahaja video luar biasa yang mereka akan kongsikan kepada para pengikut mereka.

Harap lepas ni selalu lagi la post video macam ni, dapat la hiburkan hati para peminat kan.

Baca juga artikel sebelum ini:

“Dua-Dua Mata Sembab” Peminat Mahu Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Berehat, Kurangkan ‘Aktiviti Malam’

Sumber foto dan video: Instagram Ayda Jebat

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest