Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Kena Tolak Pun Tak Ada Yang Tolong, As’ad Motawh Jadi Pengemis Sampai Baring Tengah Jalan

Hmm sampai hati…

Published

on

Sesetengah masyarakat tidak mahu untuk mengubah mentaliti mereka terhadap mana-mana individu bergelar homeless, lebih-lebih lagi yang bersifat seperti kurang waras.

Disebabkan rasa ingin tahu, penyanyi As’ad Motawh mengambil keputusan untuk membuat satu video social experiment dan berlakon menjadi seorang homeless bagi melihat sendiri adakah rakyat Malaysia mempunyai sikap prihatin atau tidak.

Memilih lokasi di sebuah pusat membeli belah terkenal di Bukit Bintang sebagai tempat shooting, As’ad berpakaian seperti seorang pengemis dengan mengenakan baju compang camping, seluar koyak dan membalut kakinya dengan bandage serta memakai tongkat.

Penyanyi tersebut memulakan misi dengan meminta sedekah kepada beberapa kumpulan anak muda di sekitar pusat membeli belah tersebut.

Mulanya semua berjalan dengan lancar sebelum As’ad tiba-tiba ditolak oleh seorang lelaki sehingga jatuh kerana dianggap telah menganggu ketenteramannya di kawasan tersebut.

Namun apa yang menjadi perhatian ialah sikap dua orang lelaki yang prihatin atas kejadian tersebut dan mula membantu As’ad untuk bangun semula.

Video tersebut telah ditonton sebanyak hampir 400,000 kali di akaun YouTube miliknya serta mendapat banyak pujian daripada penonton.

Rata-rata memuji sikap As’ad yang berani membuat experiment begitu dan berharap agar rakyat Malaysia dapat mengubah mentaliti mereka terhadap golongan homeless ini.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest