Connect with us

Selebriti

Kerana Sayang, Bella Astillah Ambil Risiko Tetap Mahu Aliff Aziz Di Sisi

"Siapa boleh jamin kebahagian kita? Bukankah itu kerja Tuhan?"

Published

on

Hanya mahukan kebahagiaan, pelakon Bella Astillah kembali rujuk dengan suaminya, Aliff Aziz meskipun berdepan pelbagai ujian rumah tangga termasuk tohmahan netizen.

Mengakui tidak mudah untuk dirinya menghadapi ujian dan dugaan sehingga dilabel perempuan b***h, Bella berkata dia enggan melayan persepsi negatif netizen.

Turut berkongsi, Bella berani mengambil risiko melangkah kembali ke alam rumahtangga bersama Aliff Aziz bukan kerana dirinya b***h, tetapi baginya setiap manusia melakukan kesilapan.

“Mungkin ketika itu, orang terkejut bila rujuk kembali dengan Aliff. Saya bagi peluang untuk dia belajar daripada kesilapan. Tetapi ramai yang tidak suka dan mula panggil saya bodoh, perempuan gila dan macam-macam”

Tidak mahu menghukum, Bella menyifatkan apa yang dilakukan oleh suaminya itu adalah dugaan sebagai seorang manusia yang diuji, dan dia sanggup memberi peluang kepadanya.

“Siapa saya nak hukum dia? Ini kehidupan saya, semua ditanggung sendiri. Biarlah 10 peluang sekalipun saya bagi, risiko itu bahu ini yang tanggung beban. Apa pun kesilapan dia, saya yang terima buruk baik” 

Turut berkongsi, bella mengakui sebelum ini ada rakannya yang mahu dia mencari lelaki lain, bagaimanapun Bella berkata dia mengalah dan akan terus berdoa agar suaminya itu akan berubah menjadi insan yang lebih baik.

“Kita tak boleh bandingkan hidup masing-masing. Ada yang cakap, dalam dunia ini ramai lagi lelaki baik, tetapi saya tanya diri sendiri, siapa boleh jamin kebahagian kita? Bukankah itu kerja Tuhan?”

“Saya hanya mampu tawakal dan memohon agar Allah permudah usaha Aliff untuk menjadi suami dan bapa yang baik. Lain orang lain pendapat. Saya tak boleh paksa diri untuk lelaki lain”

S'porean singer Aliff Aziz & Bella Astillah get back together, expecting baby no. 2 - Mothership.SG - News from Singapore, Asia and around the world

“Mungkin dia bukan lelaki terbaik di mata orang lain, tetapi untuk saya, dia adalah suami dan bapa yang mampu pikul tanggungjawab itu. Setiap orang buat silap, asalkan dia mahu belajar daripada itu saya bersyukur,” katanya.

Ketabahan dan kesetiaan Bella boleh dijadikan sebagai inspirasi kepada semua pasangan di luar sana. Kita ambil yang jernih dan buang keruh.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest