Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Kisah Lama Tidak Menghalang Erra Fazira dan Awie Untuk Kekal Bersahabat

Bagus la macam ni

Published

on

Kisah percintaan selebriti banyak kita ketahui sama ada mereka bercinta atau putus cinta.

Kisah sama pernah berlaku antara penyanyi dan pelakon Erra Fazira dan Awie suatu ketika dahulu.

Malah mereka pernah bertunang pada tahun 1996 namun jodoh mereka tidak berpanjangan.

Biarpun begitu, hal yang lalu tidak usah dikenang dan jadikan ia sebagai memori yang menjadi sebahagian asam garam dalam kehidupan.

Pada 3 Disember 2020, Erra telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya.

Hantaran itu menunjukkan Erra memberi hadiah kepada Awie sempena ulangtahun kelahiran Awie yang telah berlalu pada 24 November.

Melalui caption:-

“Hadiah belated birthday kpd kekanda yg budiman @awieofficial ..
Alhamdulillah segala onak duri berjaya ditempuh hingga menjadikan kekanda Dt @awieofficial satu nama besar di persada seni tanahair.. Alhamdulillah.”

Selain itu, Erra juga mengucapkan tahniah kepada Awie dan isteri yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi:-

“Tahniah buat Dt n Datin yg bakal menimang cahayamata tak lama lagi.. semoga seisi keuarga sentiasa dalam rahmat Allah.. berjaya dan bahagia zahir batin, dunia akhirat.”

Bagus mereka ni mengekalkan persahabatan!

 

Sumber: Instagram Erra Fazira

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest