Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Selebriti

Komen Kena Delete Di Instagram Isa Isarb, Netizen Mahu Caprice Duduk Diam Dan Jangan Masuk Campur

Mengaku salah pukul orang tapi komen Caprice kena delete pula…

Published

on

Semenjak 7 Mac lalu, kecoh di media sosial apabila sekumpulan influencer yang juga YouTuber terlibat dengan kes pukul di sebuah gelanggang futsal.

Selepas insiden itu berlaku, salah seorang yang terlibat di dalam kes tersebut iaitu Isa Isarb telah mengeluarkan satu video berhubung insiden tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Isa Isarb (@isaisarb)

Dalam masa yang sama, Caprice selaku individu yang sering membahaskan perkara viral di media sosial miliknya turut tidak ketinggalan untuk bersuara tentang isu itu.

Menerusi posting di laman Instagram miliknya, Caprice memberitahu bahawa beliau telah menghubungi Isa sendiri untuk mendapatkan kepastian berhubung apa yang berlaku.

Namun apa yang menjadi persoalan ialah komen yang Caprice tulis telah dipadam oleh Isa dan itu yang membuatkan penyanyi lagu Takde Hal Bro itu naik berang dan tertanya-tanya.

Tetapi lain pula yang terjadi apabila ada segelintir netizen menyifatkan Caprice seperti menyibuk dan tidak perlu masuk campur berkaitan isu tersebut.

Bagi mereka apa yang terjadi hanya melibatkan Isa bersama rakan-rakan dan si mangsa.

Difahamkan insiden itu berlaku hanya disebabkan salah faham dan tanpa sengaja individu yang ingin meleraikan pergaduhan itu telah dipukul oleh influencer dan rakan-rakannya yang lain.

Rasanya tak salah juga kan kalau Caprice masuk campur, at least keadilan mungkin akan dapat ditegakkan dengan cara itu.

Baca juga artikel sebelum ini:

“Buat Content Hipokrit!” Bawa 12 Orang Pukul Sampai Kena Jahit, Geng YouTuber Ini Dikecam Netizen

Sumber foto: Instagram Caprice

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest