Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Selebriti

Kongsi Foto Bertudung Separuh Persis Wanita Arab, Ini Komen Neelofa Buat Ameera Khan

Bukan macam ya tapi memang ada iras gadis Arab pun!

Published

on

Seperti yang kita tahu, ahli keluarga Noor Neelofa sememangnya mempunyai darah campuran dari Arab dan disebabkan itu kesemua mereka cantik-cantik belaka.

Ameera yang kini sudah berusia 21 tahun kelihatan cantik ketika menggayakan tudung separuh menampakkan bahagian hadapan rambutnya.

Rata-rata komen yang ditinggalkan turut mengatakan Ameera saling tak tumpah seperti gadis Turki!

Memang la ada iras, tengok muka ibu bapa Ameera pun dah tahu sememangnya ada darah keturunan Arab kan.

Dalam masa yang sama, Neelofa turut meninggalkan komen seakan-akan mendoakan agar Ameera terbuka hati untuk memakai tudung semula satu hari nanti.

Untuk pengetahuan, sebelum ini Ameera pernah memakai tudung dan mengambil keputusan untuk membuka semula pada tahun 2016.

Namun itu semua pilihan Ameera ketika itu, mana tahu lepas ni berkat doa orang ramai termasuk ahli keluarganya akan membuatkan beliau sekali lagi terbuka hati untuk memakai tudung.

Sumber foto: Instagram Ameera Khan

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest