Connect with us
Hot FM

Selebriti

Kongsi Gambar “Kopi-Kopi” Pada Musim PKP, Peminat Beri ‘Amaran’ Kepada Syatilla Melvin Dan Keluarga

Muat naik gambar berkumpul minum kopi, peminat Syatilla Melvin beri amaran supaya berhati-hati dalam berkongsi bagi tatapan umum

Published

on

Teladan tidak baik daripada golongan pemimpin membabitkan bangsawan, VVIP dan tokoh masyarakat seperti selebriti yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) merupakan alasan antara faktor masyarakat di Malaysia ini semakin ‘malas’ untuk patuh kepada arahan.

Hal yang demikian dikatakan memberi pengaruh besar apatah lagi menerusi media sosial terhadap masyarakat dalam dunia moden hari ini tidak dapat dinafikan, malah dilihat antara medium komunikasi penting yang dipamerkan dalam kehidupan seharian mampu mendorong seseorang itu membuat kebaikan mahupun keburukan.

Benar, bergelar artis atau selebriti itu bukan mudah, lantaran setiap tindak-tanduk akan diperhatikan dan dinilai oleh para pengikut.

Tatkala pandemik Covid-19 masih memuncak di Malaysia, mereka yang bergelar selebriti atau influncer itu perlu memainkan peranan dengan memberi contoh yang terbaik.

Walau bagaimanapun, memuat naik hantaran di laman Instagram, pasangan pelakon Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam sekali lagi membuat tindakan berani kerana berkongsi gambar yang mungkin boleh menimbulkan syak wasangka terhadap pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

caption:

“Ni lah pkp kami hari2🤣tak aku p rumah hang, hang mai rumah aku.. adoiii sampai bilaaaa xtauuu la😫

Tpi sebab pkp lah, kami rapat yg bukan2😂

Hampa apa cerita????😝”

Hantaran yang dimuat naik itu mampamerkan aktiviti Syatilla, Sam dan adik-beradiknya sedang santai melepak sambil minum kopi di perkarangan rumah meskipun perkongsian itu mungkin mampu mencuri perhatian umum mengenai pematuhan SOP yang telah ditetapkan.

Mengetahui bahawa terlalu banyak kes selebriti yang telah didakwa melanggar SOP dan PKP, pasangan pelakon ini juga telah menerima teguran daripada peminat supaya berhati-hati dalam berkongsi gambar sebagai tatapan umum.

Berikutan kes peningkatan harian jangkitan Covid-19, rakyat semakin runsing dan saling tuding-menuding di antara satu sama lain, meskipun faktor keseluruhan kenaikkan adalah disebabkan oleh rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab melanggar garis panduan yang ditetapkan kerajaan.

Walau bagaimanapun, menurut sebuah sumber laman portal, Syatilla Melvin atau dengan nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin  berpendapat bahawa beliau lebih terbuka untuk tinggal berasingan daripada tinggal secara berkumpulan bersama adik-beradiknya.

Namun disebabkan mereka masih berada di kawasan perumahan yang sama ia menyebabkan mereka mungkin sering berkunjung atau berkumpul.

Jadi terjawablah mengapa gambar berkenaan menunjukkan perjumpaan dua keluarga di tempat yang sama.

Namun, diharapkan supaya sentiasa berhati-hati dalam setiap perkongsian dan sentiasa patuh akan SOP yang telah ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19 yang semakin berleluasa.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Syatilla Melvin

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest