Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Kurang 24 Jam Bakal Berkahwin, Kawan Baik Ayda Jebat Buat Kejutan!

Tahniah!

Published

on

Nampaknya kurang daripada 24 jam, pelakon kecil molek Ayda Jebat bakal menamatkan zaman bujang bersama dengan lelaki pilihannya yang juga merupakan seorang pengacara iaitu Nabil Mahir.

Sebelum bergelar pengantin baru, salah seorang teman rapat Ayda yang juga seorang pelakon baharu iaitu Ashhry Atan telah membuat satu kejutan buatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashhry Atan (@ashhryyyyy)

Kejutan itu dibantu oleh Nabil sendiri bagi memudahkan surprise party tersebut dan juga disertai beberapa lagi rakan Ayda yang lain.

Tidak tahu apa yang bakal berlaku, Ayda hanya mengikut sahaja ke mana beliau dibawa dan tidak disangka kejutan itu benar-benar membuatkan Ayda terharu.

Dalam masa yang sama Ash turut kongsikan beberapa keping foto berserta caption yang bermakna buat Ayda sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashhry Atan (@ashhryyyyy)

Persahabatan mereka sudah terjalin selama 9 tahun dan pastinya banyak kenangan manis dan pahit sudah dialami oleh mereka berdua.

Apa pun, tahniah untuk Ayda dan Nabil yang bakal dinikahkan pada 1 Januari 2021.

Sumber foto: Instagram Ashhry Atan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest