Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Onz

Lawak! Bawa Pulang Trofi AJL 35 Ke Rumah, Hael Husaini Tak Sangka Ini Reaksi Anaknya

Comel betul reaksi Helena sampai terkedu papanya mendengar soalan tersebut.

Published

on

Malam Anugerah Juara Lagu (AJL) 35 telah memberi kejayaan kepada penyanyi dan komposer Hael Husaini yang mencipta lagu Belenggu Rindu bersama rakannya, Ezra Kong.

Belenggu Rindu nyanyian Wany Hasrita dan Dato’ Jamal Abdillah itu telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga untuk AJL 35.

Pada 15 Mac 2021, Hael telah memuat naik satu video lucu di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HH (@haelhusaini)

Video tersebut memperlihatkan Hael membawa pulang trofi kemenangan ke rumah untuk ditunjukkan kepada anak angkatnya, Helena.

Namun tidak disangka, pertanyaan daripada Helena ini buat Hael terkesima.

Ia setelah kanak-kanak perempuan itu memuji bahawa trofi berkenaan cantik dan bertanya kepada Hael, siapa yang membelinya.

Telatah lucu Helena tersebut turut mendapat perhatian ramai pada ruangan komen.

Apapun, tahniah diucapkan buat Hael Husaini!

 

Baca artikel berkaitan: Terharu Melihat Kesungguhan, Dayang Nurfaizah Buat Hantaran Istimewa Untuk Hael Husaini

Sumber: Instagram Hael Husaini 

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest