Connect with us
Geng Pagi Hot

Selebriti

Linda Rafar Sebak, Temui Diari Arwah Anaknya Setelah 6 Tahun Pergi Buat Selamanya

Semoga beliau terus kuat

Published

on

Kehilangan insan tersayang adalah satu kesedihan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Pada 14 Disember 2020, penyanyi dan pelakon, Linda Rafar telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya.

Untuk pengetahuan, Linda telah kehilangan anak sulungnya iaitu Rezaimen Keiflin Keifli pada 2014 akibat kanser yang dihidapi.

Perkongsian daripada Linda itu memberitahu bahawa beliau menemui diari yang ditulis anaknya yang digelar sebagai Memen.

Melalui caption, Linda ada menulis:-

“Allahuakbar!!!

after 6 years memen tinggalkan ma.. ma terjumpa balik diary yg memen tulis.. ada nama adikbradik,ada cter2 yg tersurat n tersirat .. segala luahan rasa hati memen semua ada dlm diary ni😭

Mama sebak sgt ni .. x tau nk ckp mcmne men.. cuma mcm ada sesuatu yg ma rasa men nk ma sampai kan pd semua followers mama Di sini..”

Dalam pada itu, Linda menyatakan bahawa beliau akan berkongsi kandungan daripada diari tersebut, dan bertanya kepada pengikut Instagramnya jika ada yang mempunyai pengalaman sama sepertinya:-

“Nanti linda akan share apa yg ada dlm diary ni.. tp sebelum linda cter .. linda nk tau ada followers linda kehilangan org yg dicintai dah terjumpa barang2 peningalan arwah?? Bole share tak apa yg u all rasa masa terjumpa?? Plsss share…”

Di ruangan komen pula, ramai yang meninggalkan komen menceritakan tentang kisah mereka.

Semoga Linda terus kuat melewati hari-hari yang mendatang walaupun rasa kehilangan itu masih terasa.

 

Sumber: Instagram Linda Rafar

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest