Connect with us
Geng Pagi Hot

Viral

Live Facebook Jual Bundle, Pemuda Ini Berlari Kutip Baju Dengan Kain Pelikat Bila Dengar Siren Polis

Pantas ya buat kerja

Published

on

Tak tahu apa yang ditakutkan sampai berterabut semua lari nak selamatkan diri.

Bayangkan, tengah seronok buat Facebook Live sambil jual baju bundle, tiba-tiba dengar bunyi siren polis, apa yang korang akan buat ya?

Kalau tak buat salah mungkin tak kisah kan, tapi kalau ada salah confirm lari, haha!

Satu video pendek berdurasi selama 19 saat telah membuatkan ramai geli hati lebih-lebih lagi lepas melihat para pemuda ini lari bertempiaran bersama dengan kain pelikat mereka.

Lebih lucu lagi apabila mereka sempat mengangkat semua baju yang digantung dengan begitu pantas mengalahkan kaum perempuan yang angkat kain bila hari hujan.

Netizen meninggalkan komen gelak ketawa mereka yang terhibur melihat aksi tersebut sekali gus membuat andaian mungkin mereka tidak memiliki lesen perniagaan.

Tidak tahu apa punca yang membuatkan mereka lari begitu sekali, tetapi boleh jadi kerana mereka telah melanggar peraturan iaitu berkumpul di satu tempat.

Dalam masa yang sama, mereka juga kelihatan tidak memakai pelitup muka dan mungkin disebabkan itu mereka secara berjemaah melarikan diri dengan pantas.

Tapi memang hebat ya bukan main laju angkat kain tu, kalah orang perempuan!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest