Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Lucu! Sempena PKP Kali Kedua, Elizabeth Tan Edit Video Lagu ‘Semua Sudah’

Kuarantin pun sudah?

Published

on

Tanggal 13 Januari merupakan tarikh yang sangat menghantui ramai penduduk Malaysia lebih-lebih lagi pada mereka yang berada di enam buah negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sempena hari pertama PKP 2.0, penyanyi tinggi lampai Elizabeth Tan mengambil peluang untuk menghiburkan peminatnya dengan menyunting sedikit Music Video lagu Semua Sudah nyanyiannya.

Suntingan itu membuatkan ramai berasa terhibur kerana terdapat beberapa perkara yang mencuit hati.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

Antaranya ialah perkataan PKP, PKPB, PKPP serta PKPD dan tidak ketinggalan gambar dalgona coffee, roti buku Gardenia, kek batik dan juga aplikasi TikTok yang sering menemani kita ketika PKP pertama pada tahun 2020 yang lalu.

Ramai peminat terhibur serta ada juga yang sempat bergurau mengatakan bahawa mereka belum sempat kahwin sebelum PKP 2.0 dijalankan pada tahun ini.

Gembira tu gembira juga, jangan lupa ikut semua SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa ya!

Sumber video dan foto: Instagram Elizabeth Tan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest