Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Masih Kena Jengket, Diana Danielle Gigih Berlakon Tanpa Heels Nak Sama Tinggi Dengan Fattah Amin

Hebat bethol!

Published

on

Sebagai seorang pelakon pastinya mereka mempunyai cara tersendiri untuk tampil kreatif dalam setiap karya yang dilakukan.

Ada sesetengah pelakon juga terpaksa berusaha keras bagi mendapatkan shoot yang terbaik untuk setiap scene mereka dan disebabkan itu banyak pengorbanan perlu dilakukan.

Seperti contoh apa yang berlaku pada pelakon hebat Diana Danielle ialah dia terpaksa berjengket ketika di dalam satu scene lakonannya bersama dengan Fattah Amin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

Video pendek ketika pengambaran sebuah drama itu menunjukkan kegigihan Diana terpaksa berjengket tanpa menggunakan kasut tinggi.

“Oh macam ni ke perasaan shoot dengan orang tinggi?”

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dia terpaksa berjengket untuk satu scene itu sahaja dan disebabkan itu dia tidak memakai kasut tumit tinggi.

Netizen turut terhibur dengan aksi Diana dan memuji kerja keras yang perlu dilakukan oleh setiap barisan pelakon.

Dalam masa yang sama, isteri Fattah iaitu Nur Fazura sendiri bersetuju dengan kenyataan Diana yang mana dia juga mengalami perkara yang sama ketika bersama dengan Fattah sendiri.

Untuk pengetahuan semua, Fattah memiliki ketinggian 183cm dan Diana pula ialah 170cm.

Walaupun nampak tak jauh beza tetapi tetap perlu ada extra kegigihan di situ.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest