Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Menjawab Spekulasi, Harris Annuar Kongsi Sejarah Perjalanan Sepanjang Di Langkawi

Untuk rujukan semua

Published

on

Pengumuman yang dibuat pelakon dan selebriti media sosial Harris Annuar mengenai dirinya yang disahkan positif COVID-19 mengejutkan ramai.

Untuk menjelaskan isu yang diperkatakan, Harris melalui Instagram pada 5 Januari 2021, telah berkongsi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak pengurusannya, Absolut Management.

Hantaran itu mendedahkan beberapa isu yang diperkatakan ramai sehingga ada cerita palsu turut ditularkan.

Pihak pengurusan Harris menyenaraikan sejarah perjalanannya sepanjang ke Langkawi termasuklah jenis dan waktu penerbangan serta feri, tempat penginapan, juga tempat-tempat yang dilawati.

 

Sementara itu, di ruangan kapsyen, Harris membuat beberapa pembetulan dan penambahan daripada perkongsiannya:-

“Pembetulan
Langkawi SkyCable/skyrex/skydome/3D art 31hb

Penambahan
Kak Yan nasi campur pada 29hb
Scuba cafe pada 28-29-31hb
Kalut 1 hb 11pm-11.05pm”

Pihak pengurusannya juga menafikan dakwaan tentang Harris yang dikatakan berpesta serta mengunjungi tempat yang tidak berkaitan dengannya.

Selain itu, Absolut Management menyerahkan perkara ini kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Tambah kenyataan itu, Harris sudah mengikuti SOP yang telah ditetapkan.

Penjelasan tersebut diharap dapat memberi pencerahan tentang perkara yang diperkatakan mengenai Harris.

Kami di Hot FM mendoakan supaya Harris Annuar cepat sembuh!

 

Baca artikel berkaitan: Ujian Pertama COVID-19 Positif, Harris Annuar Seru Contact Rapat Supaya Buat Swab Test

Sumber: Instagram Harris Annuar

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest