Connect with us

Selebriti

Miliki Bakat Terpendam, Syatilla Melvin Dedahkan Hasil Kerja Shaheizy Sam

Hasil kerja Sam wajar dipuji kerana ia memang kelihatan cantik!

Published

on

Golongan lelaki jika mempunyai bakat dalam perhiasan memang boleh dikatakan mempunyai cita rasa yang bagus.

Kelebihan itu ada pada pelakon Shaheizy Sam apabila isterinya yang juga pelakon Syatilla Melvin mendedahkan perkara tersebut.

Baca artikel berkaitan: Ditanya Sama Ada Benarkan Shaheizy Sam ‘Nikah’ Lagi, Ini Jawapan Panas Syatilla Melvin

Hantaran yang dimuat naik Syatilla melalui Instagram beliau menunjukkan Sam yang sedang duduk di atas sofa di dalam ruang yang dihias cantik.

Ruang yang indah itu rupa-rupanya adalah hasil kerja Sam sendiri.

“Tinggal letak meja snooker ja depan tu😂😝

Sam punya hasil tangan semua tu😍diY ja wei, hebat kan laki aku? @shaheizy_sam 🤍”

Berbakat betul Sam kerana kreatif dalam menghias ruangan tersebut.

Sementara itu pada ruangan komen, ramai yang memuji hasil kerja berkenaan.

Selepas ini senanglah Syatilla tak perlu lagi menggunakan khidmat pereka dalaman kerana ada suami berbakat yang boleh melakukannya.

 

Sumber: Instagram Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest

Copyright © Hot FM 2021. All rights reserved. Under Ripple, part of the Media Prima Group.