Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Muat Naik Foto Jahit Bibir, Zarina Anjoulie Dikatakan Ubah Ciptaan Tuhan

Macam sakit je….

Published

on

Nama pelakon Zarina Anjoulie atau lebih mesra dipanggil Anju tidak asing lagi kerana kelantangan dirinya yang sentiasa menjadi perbualan hangat netizen dan pengikutnya di rata-rata laman sosial.

Terbaru, Anju memuat naik foto dirinya dengan keadaan bibir dengan kesan jahitan, seperti baru sahaja melakukan pembedahan di sebuah klinik pembedahan kecantikan.

View this post on Instagram

Fixing my lips at @my_gorgeous_clinic ❤️ nanti anju buat video ok .

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

Menerusi kapsyen yang ditulis di Instagram miliknya, Anju memberitahu dia ‘memperbetulkan’ bibirnya dan akan berkongsi lebih lanjut mengenai proses yang dijalaninya.

“Fixing my lips at @my_gorgeous_clinic , nanti Anju buat video ok,” 

Of course sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, netizen tidak duduk diam. Entri tersebut nampaknya mendapat pelbagai reaksi netizen termasuk yang mempertikaikan tindakannya itu yang dianggap mengubah ciptaan Tuhan, tidak kurang juga yang berpendapat mungkin Anju mempunyai masalah dengan keadaan bibirnya yang menyebabkan dia perlu melakukan pembedahan itu.

Ngeri juga apabila melihat kesan jahitan tu. Namun setakat ini Anju tidak memberikan sebarang komen mengenai pembedahan bibirnya dan dia juga dilihat menutup ruangan komen di Instagram miliknya. Tak apa lah, husnuzon je mungkin Anju mempunyai masalah kesihatan yang kita tidak tahu kan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest