Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Muat Naik Foto Pegang Senapang, Netizen Sanggup Kena ‘Tangkap’ Dengan Elizabeth Tan

Aiyokk, Lizzy dah marah tu…

Published

on

Sebagai seorang pelakon, pastinya mereka turut berasa teruja sekiranya dapat membawa watak memakai baju beruniform, begitu juga dengan penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan.

Penyanyi yang lebih mesra disapa dengan panggilan Lizzy itu telah memuat naik satu foto di akaun Instagram memaparkan dirinya sedang memakai pakaian perlindungan sambil memegang senapang.

Namun tidak diketahui pula adakah pakaian itu dipakai oleh Lizzy ketika menjalani pengambaran atau untuk tujuan lain.

Disebabkan foto tersebut, maka ramai kaum lelaki yang bagaikan tidak senang duduk melihat penyanyi lagu Knock Knock itu.

Lebih melucukan apabila ada yang meninggalkan komen mengatakan mereka sanggup ‘ditangkap’ oleh Lizzy dan turut mengaku kononnya menjalankan kerja haram.

Ada-ada sahaja ya netizen ni, suka menyakat Lizzy tau.

Selepas diteliti, mungkin Lizzy memuat naik foto berserta caption begitu ialah kerana sebelum ini beliau sering menerima banyak komen miang daripada segelintir netizen.

Dalam masa yang sama, ramai turut tertarik dengan tulisan ‘SIUT’ yang tertera di baju yang dipakai oleh Lizzy dan menurutnya ‘SIUT’ membawa maksud ‘Special Invasion Unit Team‘.

Betul ke Lizzy ni? Macam kita yang kena game dengan Lizzy je nampaknya ya?

Sumber foto: Instagram Elizabeth Tan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest