Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Selebriti

Muat Naik Foto Solat Jemaah, Elisya Sandha Kini Tunangan Anak Sheila Rusly

Tahniah!

Published

on

Pengakhiran bulan Januari menjadi tarikh keramat buat pelakon Elisya Sandha apabila beliau kini secara rasmi telah bergelar tunang kepada Uzair Haqimy iaitu anak kepada pasangan pengarah dan penerbit Sheila Rusly serta Jinggo.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Sheila di laman Instagram miliknya dengan memuat naik satu foto yang ringkas namun penuh bermakna.

Tidak mahu ketinggalan, Jinggo turut memuat naik satu video pendek menunjukkan Elisya sedang bergambar bersama dengan ibunya dan juga Sheila sendiri di atas sebuah pelamin yang indah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tok Sidang Jinggo (@jinggo_jspictures)

Elisya dan Uzair yang sedondon memakai persalinan serba putih itu juga telah kongsikan fotonya bersama dengan cincin di jari manisnya.

Dalam masa yang sama, Elisya turut memuat naik Instagram story menunjukkan Uzair sedang menunaikan solat secara berjemaah bersama dengan ahli keluarganya yang lain.

Semoga semua urusan pasangan ini dipermudahkan, tahniah juga diucapkan kepada Elisya dan Uzair!

Lepasni Sis Sheila Rusly ada geng nak main masak-masak la ya!

Sumber foto: Instagram Sheila Rusly Instagram Jinggo dan Instagram Elisya Sandha

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest