Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

Muat Naik Swafoto Di Twitter, Netizen Dakwa Elfira Loy Suntik Bibir

Tak baik fitnah…

Published

on

Impian untuk memiliki bibir yang mungil bukanlah sesuatu yang asing buat para wanita.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mendapatkan bibir yang diimpikan seperti penggunaan bahan-bahan natural, pengambilan produk atau pun membuat suntikan, pembedahan kecil.

Bercakap mengenai bibir, baru-baru ini gempar di media sosial apabila pelakon Elfira Loy, didakwa melakukan sesuatu pada bibirnya kerana ia kelihatan sedikit berbeza jika dibandingkan dengan sebelum ini.

Hal ini kerana foto terbaharunya yang dimuat naik di laman Twitter menjadi bualan hangat netizen selepas wujud segelintir pihak mendakwa wajah pelakon itu semakin berbeza.

El memuat naik swafoto dengan kapsyen santai bertanyakan soalan kepada pengikutnya di Twitter.

“What will help you the most now ?
A job ? extra money ? free stuff ? time ?”

Namun lain pula yang difokuskan oleh warganet apabila mula mengulang ciapan tersebut dengan komen-komen sinis mengenai bibir dan kening pelakon itu.

Ada andaian mengatakan El mengubah bentuk bibirnya menjadi lebih tebal.

Malah ada juga yang mengatakan terdapat perubahan pada wajah pelakon itu yang dahulu bulat dan bukanlah runcing seperti kini.

Namun demikian, ia hanyalah spekulasi semata-mata. Sehingga kini, Elfira sendiri belum memberi sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

Boleh jadi juga disebabkan berat badan El yang sudah berkurang dan teknik solekan yang menyebabkan dirinya tampil berbeza.

It’s 2020, banyak teknik solekan yang boleh buat bibir kita mungil macam Kylie Jenner.

Elakkan menabur fitnah, sebaliknya lebih baik fokus perbaiki diri. Peace!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest