Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

Muat Naik Ucapan Hari Wanita Buat Ibu Dan Mira Filzah, Perkongsian Wan Emir Astar Menyentuh Hati Netizen

“Semangat dan pengorbanan mereka lahir daripada sifat tanggungjawab dan cinta, yang tiada bandingnya”

Published

on

Tanggal 8 Mac merupakan Hari Wanita Sedunia yang disambut pada setiap tahun untuk meraikan pengorbanan seorang wanita dan menghargai mereka.

Tidak terlepas menzahirkan perasaan dan ucapan Hari Wanita buat insan tersayang, arkitek, ahli perniagaan dan suami kepada pelakon terkenal Mira Filzah iaitu Wan Emir Astar memuat naik ucapan dengan kapsyen manis di laman Instagram miliknya.

View this post on Instagram

 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

“Baik seorang ibu, isteri, mahupun seorang anak perempuan yang menempuh kehidupan ini sebagai seorang individu yang berkerjaya, mereka adalah wanita-wanita yang mencorakkan dunia dan seringkali memberi lebih dalam setiap peranan mereka demi kebaikan semua.

Always giving their all, despite all odds. The Almight Creator sees it all, of the personal sacrifices and hidden battles that many women have to endure and overcome, because men (not all) sometimes take their kindness for granted.. Surely and rightly so, they will be rewarded back in unimaginable multiple folds in the hereafter, aamin YRA.

Kerana semangat dan pengorbanan mereka lahir daripada sifat tanggungjawab dan cinta, yang tiada bandingnya. Terima kasih daripda kita semua kepada insan bergelar wanita.

Selamat Hari Wanita Sedunia 👸🏻🌹
#InternationalWomensDay”

Betul apa kata Emir, bukan mudah menjadi seorang wanita dan tidak dinafikan bahawa wanita adalah seorang insan yang dicipta oleh Allah SWT sebagai insan yang paling kuat.

Foto yang di muat naik oleh Emir itu memaparkan foto isterinya, ibu kandung yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) iaitu Datin Mastura Mohd Yazid dan Ibu mertuanya, Faizatul Akmar Dato’ Hisan.

Nampaknya ucapan manis itu turut mendapat pelbagai reaksi pengikut Emir di laman Instagram :

Selamat Hari Wanita Sedunia dari kami di Hot FM!

 

 

Sumber : Instagram Wan Emir Astar

Baca artikel berkaitan : “Sweet Macam Semut” Wan Emir Cuba Buat Surprise, Netizen Teruja Lihat Reaksi Mira Filzah!

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest