Connect with us
Geng Pagi Hot

Selebriti

Muat Naik Ucapan Untuk Pelajar SPM, Tetapi Ada Pula Yang ‘Kurang Senang’ Dengan Shiha Zikir

Aduhai, orang macam ini pun ada ya, tak pasal-pasal Shiha di’poyo’kan oleh individu yang tidak dikenali yang menggunakan akaun palsu itu…

Published

on

Tanggal 22 Februari 2021, adalah hari bermulanya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar-pelajar tingkatan 5.

Ramai yang memuat naik ucapan dan mendoakan pelajar-pelajar tersebut dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan lancar.

Turut tidak lepas menzahirkan ucapan buat mereka adalah selebriti dan penyanyi terkenal, Shiha Zikir yang di muat naik di laman sosial Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir)

Menulis di ruangan kapsyen :

“Adik2 yang SPM tu,kak Shiha doakan yang terbaik untuk adik semua.. do your best & the rest serahkan pada Allah SWT..u can do itttt!! 😘 #GambarTakdeKenaMengena”

Shiha memuat naik ucapan berserta gambar OOTD beliau, mendoakan yang terbaik untuk semua pelajar-pelajar tingkatan 5 tersebut.

Namun ada pula komen sinis yang mengatakan Shiha ‘poyo’ kerana memuat naik ucapan berkenaan bersama gambarnya.

Aduhai, orang macam ini pun ada ya, tak pasal-pasal Shiha di’poyo’kan oleh individu yang tidak dikenali yang menggunakan akaun palsu itu.

Membalas komen berkenaan dengan tenang, Shiha menjawab ;

“Pandai, poyo baru best baru takde adab. Ok balas lah go go go u can do it” tulis Shiha

Dalam pada itu, ramai yang meminta Shiha mengendahkan individu tersebut, malah memuji kecomelan beliau di dalam gambar itu.

Next time please guys, kalau tak ada benda baik yang nak dicakap, lebih baik berdiam diri dari menambah dosa.

Peace!

Sumber : Instagram Shiha Zikir

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest