Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Muat Naik Video Bakar Kek, Penonton Betulkan Kesalahan Mira Filzah

Rasa lapar la pulak..

Published

on

Berjaya meraih lebih 1 juta tontonan menerusi video pertama yang dimuat naik menerusi laman YouTube, pelakon dan pengacara berbakat Mira Filzah mengambil peluang tersebut untuk merakam video kedua.

Atas permintaan ramai, Mira sekali lagi menampilkan suaminya Wan Emir Astar dalam video tersebut namun dalam content yang berbeza.

Jika video pertama adalah tentang Knowing Each Other Challenge, video kedua pula merakamkan detik-detik manis mereka sebagai suami isteri membakar kek bersama-sama.

Awh so sweet kan? Jom tengok video ni:-

Rata-rata yang menonton video tersebut memuji keserasian pasangan berkenaan susulan Mira dilihat lebih banyak bercakap berbanding suaminya sekaligus menunjukkan mereka saling melengkapi.

Bagaimanapun terdapat juga individu yang memberi komen terhadap masakan tersebut.

Komen yang membina itu turut dipersetujui netizen yang meninggalkan pandangan masing-masing di ruangan komen.

Namun, tidak kurang juga yang menyokong Mira dengan menyatakan:-

Apa-apa pun masih belum terlambat untuk Hot FM ucapkan tahniah buat Mira dan suami kerana telah berjaya meraih lebih 80,000 subscribers dalam masa seminggu! Kami tunggu video cabaran-cabaran lain pula ya.

 

Sumber daripada: Youtube EmirAmirah

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest