Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Muat Naik Video Di IG, Sweet Qismina Terkejut Dihujani Komen-Komen Negatif Dari Negara ‘Jiran’

Alamak…

Published

on

Pelakon manis Farhanna Qismina Supandi atau lebih dikenali sebagai Sweet Qismina baru-baru ini memuat naik satu foto tangkap layar mengenai komen-komen netizen yang berbaur kecaman tentang Malaysia di ruangan komen Instagram miliknya.

Terpanggil untuk bertanya apa sebenarnya yang berlaku, Sweet memuat naik satu foto tangkap layar komen-komen negatif yang diterima dari negara jiran itu.

“Kita tengah ada issue dengan negara jiran ke sekarang? Why are they commenting such bad words kat my footage? Something is wrong. Ada masalah ke?” 

Demikian kata-kata Sweet yang tertanya-tanya adakah ada sesuatu yang berlaku sehingga mereka melemparkan kata-kata berbaur negatif sebegitu?

Akan tetapi beberapa jam kemudian Sweet dilihat memadam posting berkenaan, mungkin kerana mahu menjaga sensitiviti.

Kebetulan, sekarang ini tengah hangat diperkatakan mengenai satu video yang tular di Indonesia yang dimuat naik dua minggu lalu oleh individu tidak bertanggungjawab di laman YouTube My Asean sehingga mencetuskan provokasi negatif dan boleh menjejaskan hubungan Malaysia-Indonesia.

Tidak pasti adakah disebabkan itu posting Sweet terpalit atau disebabkan hal lain.

Diharapkan kita tidak saling membenci dan menghormati antara satu sama lain. Kita kan serumpun.

 

Sumber : Instagram Sweet Qismina

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest