Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

Muat Naik Video Kena Tahan, Da’i Syed Bagi Hint Akan Keluar Lagu Baharu

Khabarnya Da’i Syed bakal keluarkan lagu baharu, semoga lagu ni dapat beri manfaat pada yang mendengarnya…

Published

on

Selepas dibebaskan oleh pihak polis pada bulan Disember 2020 yang lalu, pendakwah selebriti Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail kini sudah menjalani kehidupan seperti biasa.

Menerusi posting di laman Instagram, khabarnya kini Da’i Syed seperti memberi bayangan akan mengeluarkan lagu baharu.

Pendakwah berusia 26 tahun itu telah memuat naik satu video pendek menunjukkan keadaannya ketika ditahan oleh pihak polis pada tahun lepas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYED IQMAL 🌍 (@daisyed_)

Dalam masa yang sama, sebelum ini beliau ada memberitahu bahawa ketika berada di dalam Pusat Tahanan Reman Sementara, Beranang, beliau ada menulis lirik lagu dan berkemungkinan lagu tersebut merupakan lagu yang dimaksudkan di laman Instagram miliknya itu.

Difahamkan lirik lagu itu menceritakan tentang seseorang yang sedang mencari hakikat kehidupan walaupun hakikatnya dia dicemuh dan jiwanya meronta-ronta.

Rata-rata peminat setianya berasa teruja dan menitipkan kata-kata semangat kepada Da’i Syed supaya beliau terus kuat dan cekal meneruskan kehidupan seperti biasa selepas ini.

Semoga dengan lagu yang bakal dihasilkannya itu dapat memberi manfaat kepada yang mendengarnya.

Sumber foto dan video: Instagram Da’i Syed

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest