Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

“Muka Dia Macam Bersinar-Sinar,” Anas Zahrin Titip Doa Buat Neelofa

Bagusnya Anas mendoakan Neelofa sebaik itu, iye la nama pun sahabat rapat

Published

on

Persahabatan antara usahawan Anas Zahrin dan selebriti Noor Neelofa sangat akrab sehingga mereka pernah dianggap bercinta.

Tarikh 10 Februari 2021 menjadikan hari di mana usia Neelofa genap 32 tahun.

Oleh itu sebagai seorang sahabat rapat kepada selebriti itu, Anas telah memuat naik satu video istimewa di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANAS® (@anaszahrin)

Anas menulis pada ruangan caption:-

“Kepada sahabatku @neelofa si bunga biru. Selamat Hari Lahir, semoga الله kurniakan kesihatan yang baik, semoga الله permudahkan segala urusan. Semoga Allah hadirkan jodoh yang baik, soleh serta yang dapat membimbing lofa ke jalan الله, jalan yang diredhai”

Mungkin sudah agak lama Anas dan Neelofa tidak berjumpa.

Tambahan lagi keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan ketika ini, pasti ia membataskan mereka untuk bersua.

Oleh itu Anas menulis:-

“Tidak selalu berjumpa bukan bermakna jauh di hati

Tidak selalu bersua bukan bermakna lupa tapi kedua duanya ada tanggungjawab untuk anak bangsa

Jauh di mata, dekat di hati. Ada rezeki kita berjumpa”

Sementara itu, Anas menitipkan lagi doa buat selebriti tersebut:-

“Anas doakan lofa sentiasa diberikan kesenangan dalam semua urusan, dilimpahkan segala macam kebaikan. Dikurniakan segala macam kesenangan. Menjadi anak solehah yang berbakti kepada kedua ibu bapa serta masyarakat. Juga contoh tauladan buat semua

Sekali lagi, terima kasih sebab menjadi salah seorang sahabat yang baik. Sentiasa bagi nasihat yang berguna, sentiasa kongsi ilmu yang bermanfaat. May الله bless you my dear friend

Jaga diri
Jaga hati

Selamat Hari Lahir Sahabatku Noor Neelofa #NasMinyakSoon #InshaAllah 🤍✨”

Doa yang diakhiri dengan ucapan hari lahir itu juga, disertakan dengan hashtags yang berharap Neelofa akan berkahwin tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Anas yang menjadi antara saksi penghijrahan Neelofa ke arah yang lebih baik, berkongsi usaha yang dilakukan beliau sebelum tampil dengan imej berniqab kini:-

“P/s: masa ni lofa dah start pakai stokin kaki, sarung tangan. Muka dia macam bersinar sinar. مَا شَاءَ ٱللّٰهُ ❤️”

Kami di Hot FM juga ingin mengucapkan happy birthday to Neelofa!

Semoga terus melangkah dengan bahagia dan memberi teladan yang baik buat semua.

 

Baca artikel berkaitan: Anas Zahrin Jadi Pengantara, Ada Individu Dakwa Neelofa Ajak Kahwin

Sumber: Instagram Anas Zahrin

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest