Connect with us

Selebriti

“Muka Jawa Je Aku Tengok…” Bonda Rozita Sakat Anak Saudara Dato Aliff Syukri Tak Faham Bahasa Melayu

Muat naik video kunjungan keluarga anak perempuan, ibu kepada Dato Aliff Syukri gembira dapat ‘bergurau’ dengan cucu

Published

on

Lucu! Ibu usahawan terkenal, Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai bonda Rozita berkongsi kemeriahan yang dialami oleh dirinya setelah menerima kunjungan dari keluarga anak perempuannya, Yati atau dengan nama sebenarnya Noor Hayati Kamarzaman, kakak kepada pengasas produk tempatan milik Dato Aliff Syukri.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh dirinya di laman Instagram, biarpun jarang beroleh kesempatan untuk berjumpa dengan anak-anak perempuan Yati disebabkan jadual harian mereka yang ketat, keterujaan seorang nenek dapat dilihat dengan begitu jelas apabila gelak-tawa memenuhi ruang makan mereka.

“Raikan anak cucu datang sekadar apa adanya lah…sakat Aleya, ingat 13 tahun rupanya baru 10 tahun…adik tak faham kiasan atau saya cakap laju kot…adoi mak ai…Jahanam la kalau English”

Video yang berdurasi lebih dari 5 minit untuk memaparkan perbualan lucu antara gelagat bonda Rozita yang cuba-cuba untuk berbahasa Inggeris dengan cucunya, Aleya yang pada awalnya sukar sedikit untuk memahami dialek bahasa melayu yang mungkin ‘terlalu laju’ baginya.

caption:

“Lain anak – lain family lain cara didikannya…Anak kri lebih aktif dn berani lasak – beza dgn anak yati berkepit dgn Mak Ayahnya – penakut dn sgt disiplin. Aleya ni muka unik – kalau bab rambutnya tu, masya Allah dr genetik mana ‘Allah hebat’ curl cantik sgt. Aleya sekolah cerdik dn sgt pembersih ..!! Kakaknya lebih simple – Aleya tak pandai bergaul sgt kata Mummynya – Yati dgn anak2 sgt lembut walau perangai Yati macam Tomboy muslimah…”

Menerusi caption hantaran yang di muat naik ibu Dato Aliff Syukri ini, rata-rata komen yang ditinggalkan penuh dengan pujian ramai kerana terlihat sering mengeluarkan kata-kata positif yang dapat menyentuh hati para pembaca serta jalinan ukhwah yang ditampilkan dalam keluarganya terlihat indah dan bahagia.

“Baiknya lahaiii seorang nenek kan…tak perlu pun banding-bandingkan anak atau cucu…masing-masing perlu tahu di mana kekurangan..di mana kelebihan seseorang itu…apa yang pasti saling menghormati dan tidak menghina antara satu sama lain”

Mungkin ada yang berpendapat bahawa jika tidak mahir sesuatu bahasa itu kelak akan mempunyai kelemahan dalam pergaulan namun, menurut kenyataan ibu kepada Aleya iaitu Yati dalam video terbabit, beliau menyatakan bahawa anaknya itu sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek bahasa Melayu dan merupakan seorang pelajar ‘straight A’.

 

Oleh yang demikian, jika dilihat dari sudut yang positif pasti tiada siapa yang bakal mengeluarkan kata-kata yang dapat menyinggung hati seseorang, apatah lagi pada seorang kanak-kanak.

“Kata Aleya nenek cakap susah nak faham sebab bahasa kiasan”

Ingat! Bak kata Hanis Zalikha, “sebut lah perkataan-perkataan yang baik-baik kepada anak-anak kerana ia adalah pantulan doa buat mereka”.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber : Instagram Bonda Rozita Ibrahim

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest