Connect with us
Geng Pagi Hot

Selebriti

Nabila Huda Dedah Pelakon Baharu Hanya Tahu Main Telefon Dan Selfie Di Set?

Oh oh!

Published

on

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon serba boleh iaitu Nabila Huda ataupun lebih mesra dipanggil Abil.

Untuk yang mengikuti drama lakonan Abil pasti tahu bagaimana beliau menghayati setiap watak dengan penuh komitmen dan penghayatan.

Terbaharu, Abil berkongsikan pada pengikutnya mengenai rutin yang biasa dilakukan sebelum melakonkan sesuatu watak di laman Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

“Kot kot ada yang nak tau preparation sebelum start shooting..”

“Here goes my routine! Hopefully benda yang abil share ni bagi inspirasi pada all new actors or upcoming movie stars..”

Menerusi video berkenaan, Abil dilihat berkongsikan tentang method lakonan yang pernah diterima, katanya apabila menerima tugasan pertama, pengarah akan memberikan dialog atau pun treatment yang perlu diulang kaji terlebih dahulu.

Selepas itu, pelakon perlu melakukan breakdown conty, di mana mereka akan melakonkan watak bersambung dari scene sebelumnya dengan memakai baju yang sama.

Menceritakan lanjut, Abil turut berkata, setiap pelakon digalakkan membuat research terlebih dahulu untuk lebih menghayati dan memhami setiap watak yang diberikan.

Dalam pada itu, Abil juga turut memberi pesanan kepada pelakon baharu untuk belajar melakukan rutin seperti beliau dan cuba untuk tidak hanya membuat hal sendiri seperti bermain telefon sahaja.

“Jangan nak pergi set asyik nak main phone,selfie,buat live,tiktok je tau..Kena belajar buat routine macam ni jugak okay! “

Meninjau di hantaran video berkenaan, rata-rata warganet dan rakan artis turut menghujani ruangan komen Abil dengan pelbagai pertanyaan kerana ingin tahu lebih lanjut mengenai perkara yang dikongsikan.

Fuh banyak juga yang dipelajari daripada Abil hari ini!

Sementara itu, hasil perkongsian Abil di laman Instagram, ramai yang memuji usaha dan profesionalisme beliau ketika melakonkan watak-watak yang diberikan.

Come on, it’s Abil kot!

Anyways, such a good sharing. Untuk pelakon-pelakon baharu di luar sana, harap perkongsian dari Abil ni memberi manfaat untuk korang semua.

 

Sumber : Instagram Nabila Huda

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest