Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Nad Zainal Akui Anaknya Lebih Gemar Belajar Dengan Guru Berbanding Dirinya

Betul tu, memang ada beza

Published

on

Sejak pandemik Covid-19 melanda negara, sistem pendidikan adalah antara yang terjejas.

Ini kerana cara pembelajaran terpaksa diubah daripada belajar secara terus di institusi pendidikan kepada pembelajaran secara online.

Untuk pelajar di pusat pengajian tinggi, perkara ini mungkin dapat disesuaikan dengan lebih mudah berbanding murid yang masih bersekolah.

Justeru itu, ibu bapa turut memainkan peranan di rumah dengan memantau perkembangan anak-anak, serta menjadi tenaga pengajar buat anak-anak mereka ketika di rumah.

Waktu inilah mereka tahu bahawa tugas pendidik di sekolah bukanlah sesuatu yang mudah.

Pada 15 Disember 2020, pelakon Nad Zainal telah memuat naik satu video di Instagram yang berkaitan dengan perkara ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal)

Melalui caption:-

“disebabkan covid nampaknya macam tak berkesudahan… buka suratkhabar kadar buta huruf pelajar darjah satu meningkat… kita jadi cikgu dekat rumah lepas 15 minit dia mengadu tangan sakit… jadi kena juga dapatkan khidmat guru… ok.. kita dah mula cuti panjang… Yem ada dua cikgu.. cikgu bertauliah.. dengan cikgu singa kat sebelah dia..

saya berharap semua ibu bapa tabah menghadapi situasi ini..

bukan senang tau.. nak kerja lagi, nak mengemas, nak jadi cikgu..

tapi kenapa ya bila parents mengajar , anak cepat bosan.. dengan cikgu dia boleh pulak survive 1 jam tu??

geram pulak kita 🤣🤣🤣”

Melalui perkongsian itu, Nad menyatakan bahawa tugas ibu bapa di rumah menjadi semakin mencabar kerana perlu mengajar anak, dan dalam masa yang sama perlu menyiapkan kerja rumah.

Selain itu, Nad turut timbulkan persoalan tentang penerimaan anak yang mana terdapat perbezaan apabila ibu bapa yang mengajar berbanding guru.

Anak-anak je ada jawapan tu, kan?

Apapun, perkara ini juga turut dirasai oleh ramai lagi ibu bapa di luar sana.

Semoga bertabah semua!

 

Baca artikel berkaitan: Nad Zainal Terkesan Dengan Kes Rogol Tergempar Korea Selatan Yang Difilemkan, Hope

Sumber: Instagram Nad Zainal

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest