Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Bukan Curang Dengan Seorang Tetapi Dua, Suami Nadia Brian Tampil Dedah Nama Lelaki Lelaki ‘Pengacau’

Hmm…

Published

on

Sedikit demi sedikit teka teki mengenai persoalan rumah tangga Nadia Brian didedahkan oleh suaminya, Muizz Nasruddin.

Terdahulu, Muizz memuat naik gambar hitam putih semasa hari pernikahannya berserta status seolah dirinya dikhianati. Sekaligus memberi ‘hint’ tentang Nadia yang didakwa curang dengannya.

Tampil membuka mulut mengenai kemelut rumah tangganya, Muizz mendedahkan apa yang lebih mengecewakan dirinya adalah, apabila mengetahui Nadia curang bersama dua orang lelaki. Ini kerana Muizz turut menerima bukti video kecurangan isterinya itu yang dihantar oleh seseorang.

“Nadia bukan curang dengan seorang, tetapi dua lelaki. Saya ada bukti yang cukup. Saya berada dalam posisi yang betul,” dakwanya.

Dalam pada itu, Muizz turut mendedahkan bahawa mereka sudah tidak tinggal sebumbung lagi, dirinya juga tidak pernah menghalau malah berkali-kali memujuk Nadia untuk pulang ke rumah.

“Kami masih suami isteri, ketika ini. Cuma, saya dan Nadia sudah tidak tinggal sebumbung sejak hampir tiga bulan lalu.

“Saya tak pernah menghalau Nadia keluar pada dari rumah. Malah, saya berkali-kali mengajak Nadia untuk kembali tinggal bersama. Namun, isteri menolak dan membuat keputusan untuk tinggal di rumah ibunya,” 

Muizz juga turut memuat naik status di Instagram Story nya memberitahu hint digit nama-nama lelaki yang dicurangi isterinya.

 

“NB + MN VS AN VS AA”

“Kebenaran itu pasti, nantikan”

Mengaku dirinya dihina dan dianiaya, usaha untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka menemui jalan buntu kerana Nadia tidak mahu bekerjasama.

“Entri saya dalam IG bukan cerita rekaan. Saya memang dihina, dihalau, dikhianati dan dianiayai. Saya cuba menghubungi ibu dan keluarganya untuk menyelesaikan masalah antara saya dengan Nadia dengan baik. Namun, semuanya hanya sia-sia.

“Saya sedaya upaya mahu menyelamatkan rumah tangga, tetapi Nadia tidak mahu memberi kerjasama,” katanya

Sementara itu, Nadia enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu kerana menganggap isu pergolakan rumah tangga cukup peribadi, selain keadaan pandemik COVID-19.

 

Baca artikel sebelum ini : “Saya Tahu Apa Yang Terjadi, Kita Tunggu Dan Lihat” – Suami Nadia Brian Jawab Isu ‘Orang Ketiga’

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest