Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Uncategorized

Nafi Curang Dengan Suami, Nadia Brian Mahu Cerai Tak Mahu Simpan Dendam

Semoga mereka dapat selesaikan dengan baik…

Published

on

Sebelum ini suami kepada pelakon jelita Nadia Brian, iaitu Muizz Nasruddin mendedahkan pelakon itu curang bersama dua orang lelaki dan turut menerima bukti video kecurangan isterinya itu yang dihantar oleh seseorang.

Terbaharu, tampil menjawab desas-desus, Nadia menafikan sekeras-kerasnya yang dia pernah curang sepanjang bersama dengan suaminya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadia B 🍒 (@nadia.brian)

Nadia dilihat memuat naik satu kenyataan di laman Instagram dengan kapsyen,

“Alhamdulillah setelah memberi ruang, kini saya menjawab status saya sekarang. Doakan semua nya di permudahkan. Setiap apa yang berlaku mesti ada hikmah. Fitnah, kata2 yang tak baik kepada saya dan juga kepada keluarga saya, saya tak kan maafkan kecuali datang mohon maaf kepada saya. #NadiaBrian #Kitabaikramaisayang”

Menurut laporan yang dipetik dari Harian Metro, Nadia berkata dia tidak mahu memanjangkan perkara tersebut dan tidak mahu mendedahkan aib suaminya.

“Biar Allah saja tahu perkara yang sebenar. Mengenai curang saya menafikan sekeras-kerasnya. Saya tidak curang sepanjang tempoh perkahwinan dengan Muizz”

“Saya harap semua ini dapat diselesaikan cepat supaya masing-masing boleh teruskan kehidupan. Tak nak simpan perasaan dendam yang tak habis,” katanya.

Nadia juga berharap suaminya, Muizz akan menceraikannya ketika di mahkamah nanti dan status terkini, Muizz dimaklumkan sudah memfailkan perceraian dan mereka kini sedang menunggu tarikh untuk ke mahkamah.

“Saya sudah tawar hati dengannya. Banyak juga kerenah Muizz yang tak dapat saya kongsikan demi menjaga aibnya. Saya harap di mahkamah nanti Muizz akan terus melafazkan cerai.”

Sebelum ini Muizz sudah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, pada 2 Oktober lalu selepas mendakwa melihat Nadia bersama seorang lelaki di bilik hotel di Cyberjaya.

Muizz berkata, sekiranya dia terus berdiam diri dan tidak menceraikan isterinya, dia akan dianggap sebagai lelaki dayus.

Kami di Hot FM mendoakan supaya Nadia dan Muizz dapat selesaikan dengan baik. Insyallah.

 

Sumber : Instagram Nadia Brian & Harian Metro

 

Baca artikel sebelum ini : Bukan Curang Dengan Seorang Tetapi Dua, Suami Nadia Brian Tampil Dedah Nama Lelaki Lelaki ‘Pengacau’

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest