Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

“Nakal Ye Hannah..” Gelagat Manja Hannah Delisha Makan Bersama Suami Buat Netizen Cemburu

Ramai yang terhibur melihat gelagat Hannah mengusik Imam, siap ada yang nak kahwin lah sebab tengok mereka sweet sangat!

Published

on

Jarang berkongsi kemesraan di laman sosial adalah antara penyebab pelakon terkenal kesayangan ramai, iaitu Hannah Delisha, sering mendapat perhatian setiap kali berkongsi mengenai suaminya, Muhammad Imam Shah yang juga seorang pelakon Singapura di laman sosial miliknya.

Baru-baru ini Hannah berkongsikan sebuah video yang memaparkan beliau sedang menikmati hidangan makan malam bersama encik suami, namun melihat di dalam video itu, Imam seakan malu-malu dengan Hannah yang cuba merakam dirinya.

Alahai sweet nya diaorang ni! Jom lihat video penuh di bawah ini :

Baca artikel berkaitan : “Dah Lah Cantik Solehah Pulak,” Video Hannah Delisha Berselawat Al-Fatih Curi Tumpuan!

Meninjau di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat Hannah mengusik Imam, siap ada yang nak kahwin lah sebab tengok mereka sweet sangat!

Bagi yang mengikuti perkembangan Hannah, pasti mengetahui bahawa beliau jarang berkongsi kisah peribadi di khalayak ramai.

Namun selepas 5 tahun berkenalan, mereka sah bernikah dalam diam pada 18 Februari 2021 secara sederhana di negara jiran, iaitu Singapura.

Suka lah tengok pasangan ni, semoga kekal hingga ke Jannah!

 

Sumber : Twitter Hannah Delisha

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest