Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

Nampak Serasi, Peminat Suka Tengok Kalau Najwa Latif Dan Akwa Ariffin Bercinta

Moga dijodohkan bersama, hehe!

Published

on

Nama Najwa Latif mungkin tidak asing lagi bagi kita pada sekitar tahun 2012 dulu, lebih-lebih lagi dengan lagu Cinta Muka Buku nyanyiannya yang menjadi kegemaran ramai ketika itu.

Pada yang masih belum tahu, sebelum ini Najwa merupakan seorang pensyarah di salah sebuah univerisiti swasta di Petaling Jaya sebelum menyambung pengajiannya di peringkat Sarjana Muda di sebuah universiti awam tempatan.

Tapi sekarang ini, ramai peminat mula berkata-kata tentang hubungan Najwa bersama dengan pasangan duetnya menerusi lagu Tak Kisah Pun, iaitu Akwa Ariffin.

Semenjak kedua-dua mereka mula rapat sewaktu bekerjasama untuk lagu tersebut, kini bagaikan ada bibit cinta yang mula timbul, tetapi perkara itu masih belum lagi disahkan oleh kedua-duanya.

View this post on Instagram

Kau tak perlu try so hard. #takkisahpun @akwaarifin

A post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif) on

Masing-masing sudah mula memuatnaik video bersama, sambil berbalas video pendek, alamak sweet sangat ni!

Ramai juga followers mereka ‘bersetuju’ dengan hubungan itu kerana masing-masing nampak sangat serasi bersama.

For those yang memang mengikuti Najwa di Instagram, mungkin korang tahu bahawa Najwa ni boleh dikatakan sebagai ‘ratu pickup line‘ dalam kalangan pengikutnya.

Mana tidaknya, setiap kali dia buat ASK ME question di Instagram miliknya, ada sahaja ayat pickup line yang diberinya sampaikan ramai yang ternanti-nantikan pickup line tersebut.

Kalau betul pun apa salahnya kan? Kenal dulu hati budi masing-masing, nanti bila dah ready, PM tepi okay!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest