Connect with us
Hot Selebriti

Onz

Neelofa Bakal Lancar Aplikasi, Netizen Harap Boleh Ganti Muslim Pro

Tahniah Lofa!

Published

on

Baru-baru ini kecoh tentang aplikasi terkenal antarabangsa Muslim Pro dilaporkan menjual data lokasi kepada tentera Amerika Syarikat.

Aplikasi tersebut selalu digunakan dengan tujuan peringatan waktu solat berserta dengan penunjuk arah kiblat dari Makkah.

Selain itu, aplikasi tersebut juga menyediakan bacaan al-Quran secara dalam talian dan audio bacaan bagi memudahkan pengguna.

Namun disebabkan ramai yang takut dengan ancaman tersebut, ramai telah mengambil tindakan untuk memadam atau uninstall aplikasi itu walaupun dengan perasaan berat hati.

Ketenteraan US beli data 98 juta umat Islam pengguna Muslim Pro - Sinar Plus

Bagaimanapun, Neelofa pada 17 November lalu telah memuat naik satu berita baik menerusi laman Instagram miliknya:-

Pelakon dan pengacara tersebut memaklumkan beliau bakal melancarkan satu aplikasi tidak lama lagi yang diberi nama TheNoor.App.

Namun, fungsi serta kegunaannya belum lagi diberitahu secara lanjut.

Menerusi ruangan komen, rata-rata mengharapkan aplikasi tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya sama seperti Muslim Pro, malah lebih baik dari segi isi kandungan.

 

Sumber daripada: Instagram Neelofa & TheNoor.App

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest