Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

“No More Gelang Pink” Zulin Aziz Raikan ‘Kebebasan’ Dengan Masak Kari

Lapar pula rasa ya…

Published

on

Syukur hari demi hari ramai selebriti disahkan bebas daripada virus Covid-19 selepas beberapa daripada mereka menjalani quarantine di rumah masing-masing.

Pelakon Zulin Aziz turut termasuk dalam kalangan mereka yang telah ‘dibebaskan’ daripada memakai gelang pink yang menjadi igauan ngeri ramai orang.

Maka dengan itu, pelakon dan juga penyanyi itu mengambil kesempatan meraikannya dengan memasak juadah kari kepala ikan untuk tatapan peminat.

“Alhamdulillah, saya dibebaskan dari quarantine. Tiada lagi gelang pink di tanganku. Maka dengan itu, di hari Jumaat yang mulia ini saya masak kari kepala ikan untuk anda tatap…”

Sebelum ini, Zulin dan sahabat baiknya, Emelie Hanif yang juga pelakon itu menjalani quarantine bersama-sama di rumah.

Sepanjang tempoh quarantine, Zulin banyak menghabiskan masa memasak serta membuat video content bagi menghilangkan rasa bimbang di dalam hati.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz)

Dalam masa yang sama, Zulin turut mempunyai akaun Instagram kedua yang mana dia kongsikan resepi masakan buat peminat.

Lega rasanya bila ramai selebriti tempatan disahkan negatif Covid-19.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest